tahun pertama bersama


Assalamualaikum, saya kembali lagi untuk bercerita tentang mark meow buat kali kedua. Topik hari ini ialah tahun pertama dengan mark meow. Saya saja je letak gambar keluarga bahagia tu sebab keluarga saya memang bahagia pun. hahahhahah.

     Ok, bercerita tentang kucing saya, mark meow, saya nak share pengalaman kami ( my family) and mark di tahun pertama kami. First, pada post saya minggu lepas, saya dah share pasal first time kami kenal mark kan.. About laksa, and kenapa nama mark. Jadi, saya nak sambung kisah ini even saya tahu tak ramai yang nak tahu. HAHAHAHAH. Mark mula jadi sebahagian keluarga kami pada tahun 2014. Masa tu, saya bersekolah harian. Saya belum menetap di asrama, jadi saya banyak meluangkan masa bersama mark.

    Pada tahun tu, perangai saya agak teruk di sekolah, biasalah budak baru nak up. Hahahahha. Saya tak la belajar sangat masa tu, saya banyak main je. (actually takde kaitan). Back to the topic, pada hari pertama mark masuk rumah family saya, mark belum terbiasa dengan kami. Mesti dia akan singgah sebentar and then, balik rumah jiran. Hampa jugak laa adik lelaki saya. hahhahahah padan muka. Tapi, selepas 2-3 hari, Mark dah boleh biasakan dengan kami. Mark sampaikan nak tidur malam pun nak tidur dengan kami. Sweet kan mark ? heheheheheh

    Mark ni comel sangat tau. Keluarga kami sebenarnya dari pagi hingga petang memang tak lekat kat rumah. Kesian mark duduk sorang. haha. Tapi, tak pun sebenarnya, sebab mark berkawan dengan kucing jiran kami yang mereka beri nama 'bella'. hahhaha. Nama je Bella, tapi hodoh. Comel mark lagi even mark jantan. Umi abah saya semuanya bekerja dalam sektor pendidikan. Adik-beradik saya pun pergi sekolah sampai mark bersendirian, kesian mark. Kalau waktu balik sekolah, kami sangat terharu dengan mark. Sebab apa terharu ? Sebab mark tunggu kami depan pintu rumah, Ya Allah, setianya mark.

    Bukan sehari dua tau, mark tunggu kami balik rumah, tapi setiap hari! Bijaklaa mark ni, tahu waktu kami balik. Lepas nampak kami, sibuklah berlari ke arah kami dengan punggungnya yang tergodek-godek. ishhhh. Tapi takpe, punggung mark gebu,comelll. hahahahah. Adik saya kalau tengok mark berlari dengan tergodek-godek, adik saya akan nyanyi macam ni 'meow, tergodek-godek, tergodek-godek' ( lagu yang dia cipta sendiri, hahaah). Sampaikan dalam kepala saya pun terngiang-ngiang lagu tu, hmmmmm. 

    Lepas kami bukak pintu tahu tak ke mana tempat pertama mark tuju ? Agak-agak sama tak dengan kucing korang ? Jawapannya, mestilah di dapur.... hahahahhaah. Mula la tu lapar, sampaikan saya tak sempat nak letak beg kat bilik nak layan kerenah mark ni. Menu mark lepas kami balik sekolah ialah,,,,,,,,, makanan kucing je! heheheeheh. Kadang-kadang kami bagi ikan, makanan yang kami tak habis dan banyak lagi lah. Alhamdulillah, mark tak cerewet. Mark ni ada satu tabiat tau sebelum mula makan. Tabiatnya ialah, mark akan berterima kasih. Macam mana ehhh kucing berterima kasih ? hihihi, kalau mark, mark akan menggosok kepalanya kat kaki saya. eeeeeee, tak tahulah nak terang macam mana, tapi tetap macam berterima kasih laa. Kalau adik saya, adik saya suka tundukkan kepala dia, lepas tu berlaga kepala dengan mark, ishhhhh. Macam-macam laaa. hahaha.

    Setakat ini perkongsian saya pada malam ini, minggu depan kalau saya masih bernyawa, saya nak sambung part 2, hahaahah. Sumpah syok sendiri. hhahaah. Akhir kalam, selamat tinggal, semoga berjumpa pada masa akan datang, hihihih. Sekian daripada saya, Assalamualaikum.

Comments

  1. saya pun bahagia bela kucing, hahaha, saya pun nak share ngan puan ada satu produk bagus untuk kucing, https://amarbiovet.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

meow